Monday 13 January 2014

hanya kerana sebuah video

Humaira telah sampai ke ostel. Dia telah mendapat tawaran belajar di salah sebuah intitusi pengajian tinggi di Malaysia.

"Assalamualaikum, hai nama saya Humaira, saya asal Terengganu. korang?"

"hai nama kita Diana, asal kuantan"

seorang demi seorang memperkenalkan diri mereka. biasalah kat tempat baru. kenalah ada sesi suai kenal dulu. dah duduk sebilik kan. so kene lah beramah mesra dengan semua ahli bilik.

azan maghrib berkemundang, Humairah segera mengambil wuduk. selepas selesai solat, dia pun mengambil al-Quran. tetapi Humaira pelik, roomates dia yg lain boleh rilek and cool je duduk baring-baring atas katil. "eh takkan diaorang tak solat kot" Humaira membebel sengsorang. "hmm, takpelah. maybe uzur kot" Humaira membel lagi.

Hari kedua

Humaira melihat jam tangannya. jam sudah menunjukkan pkol 6.30. "ya Allah lambatnya bus ni, dahlah aku tak solat lagi ni" omel Humairah risau. sampai je kat bilik, cepat2 dia ambil air sembahyang. tapi dia still tenang. Humaira memang tak pernah tinggal solat lepas suatu peristiwa. dulu dia sering menipu ayahnya pasal solat. disebabkan suatu perkara, Humaira tidak lagi berani meninggalkan solat. dia merasakan itu adalah tanggungjawab sebagai seorang Hamba kepada peciptaNya. kalau tak solat tu memang tak tenanglah hidup dia. tapi Humaira pelik bila tengok roomates dia masih tak solat....
Bulan-bulan yang seterusnya

"sekejap solat, sekejap tak? ingat Tuhan ni nak cari bila susah ke? kalau sehari makan takleh hidup, kalau sehari tak solat tak ape pulak" amuk Humaira sendirian melihat roomatesnye yg ambil ringan tentang solat.
Humaira cuba rapat dengan roomates dia, kenal sorang2. "dyeorang ni baik je,takdelah teruk sangat. tapi kenape taknak solat ek? eh tak boleh jadi ni. aku kene bantu dyeorang"

merasakan dia punya tanggungjawab untuk mengajak roomates dekat dengan Dia, kembali kepada Islam, Humaira tahu dia akan brdepan dgn cabaran. tapi dia perlu buat sesuatu kerana Humaira sygkan mereka. "kalau buat tak kisah, nanti aku jugak yg akan dipersoalkan di akhirat kelak. so kenelah ambil kisah" bebelnya sendirian

makin hari makin rapat Humaira dengan rooamtes dia. boleh gelak sama2, makan satu pinggan, kire memang Humaira rapat dah dgn dyeorang. Humaira mmg suka kwn dgn mereka. satu malam tu, kak Siti ajak Humaira lepak kt tepi pantai. Humaira pun siap2. sampai je kat pantai, semua tgk Humaira pelik. 

kak Fisha : eh humaira perasan tak? asal dyeorang lalu sini je, dyeorang tgk Humaira lain mcm
Humaira : perasan kak. kenape ek?
kak Siti : maybe dyeorang pelik kot tgk, Humaira kwn dgn kiteorang. yelah pakai tudng labuh, kwn dgn kiteorng yg pakai tah pape ni. mesti dyeorang fikir Humaira tgh tarbiyah kiteorang. haha
Humaira : haha. biarlah dyeorang tuh.

semakin lama berkawan dgn mereka, Humaira dpt merasakn dyeorang ada potensi untuk jadi baik. suatu hari Humaira dpt video drpada uminya melalui wasep. video uztaz azhar idrus pasal solat. Humaira dpt satu idea. "haaaa. aku nak tunjuk video ni kat Diana dgn kak Sitilah" masa tu Humaira rapat sgt dengan kak Siti dan Diana. so dia berani tunjuk video tu kat mereka berdua je. Humaira tak berani nak tunjuk kat Kak Fisha sbb takut dia terasa dan rasa lain mcm dgn dia.

lepas solat maghrib Humaira pun memulakan operasinya..

 Humaira : Diana, sini kejap. aku nak tunjuk kat kau something ni, tapi kau jgn sentap pulak
Diana : video apa wei? takut pulak aku nak tengok.
Humaira : video uztaz Azhar Idrus. nak tgk tak? tapi jgn sentap tau. aku nak kasi kau tgk je
Diana : yelah...

Diana : wei sentap aku lepas tgk video ni
Humaira : senyum je

lepastu Humaira pun tunjuk kat kak Siti. kak Siti pun beri respon yg sama. niat hati Humaira cuma satu. supaya dyeorang solat. 
tiba2 kak Siti cakap kt Humaira "esok kejut akak subuh tau" Humaira membalas sambil mngukirkan senyum yg lebar "okey akak"

hari-hari dan bulan yg seterusnya Humaira lihat mereka konsisten solat. mereka dh tak tinggal. hati Humaira gembira sekali, sbb org yg dia sayang dh berubah. Humaira sentiasa mendoakan untuk mereka agar terus punya semangt untuk berubah ke arah kebaikan
 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. Semoga terus istiqamah. Setiap orang berhak berubah ke jalan yang lagi baik. Sekadar berkongsi cerita, duniapenulistwins.blogspot.com. Terima kasih

    ReplyDelete

search