Friday 10 June 2016

lebih baik berkawan daripada....

Bismillah..
Terlalu lama rasanya jari ini tidak menari diatas keyboard komputer riba ini. mungkin kerana terlalu banyak kekangan masa untuk diri sendiri menulis blog yang pernah menjadi satu hobi ketika dahulu di mana tempat saya mahu memberi motivasi dan semangat buat diri serta para pembaca (tu pon kalau adalah) hehehehe

Berbalik pada tajuk diatas tu, hmmm actually nak cerita something yang pernah terjadi pada diri aku. so i would like to share it tapi dengan style yang agak berbeza. Means aku sama sekali tidak akan bercerita pasal kisah aku tapi it more to general.

Setujukah korang dengan ungkapan lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik? to me, frasa tu tidak tepat sangatlah. macamnilah sebenarnya takde masalah pun untuk lelaki dan perempuan tu berkawan baik, as long tahu menjaga batas pergaulan. sebab sampai harini aku ada je berkawan baik dengan lelaki dan sampai harini alhamdulillah hubungan tu kekal. hubungan kawan tu, sampai harini tak tercemar lagilah dengan kewujudan bibit-bibit cinta. but for sure, memang tak dapat dinafikan, kadang mempunyai hubungan kawan baik berlainan jantina boleh tergelincir ke arah percintaan jugak. kalau dua-dua suka sama suka, memang heaven lah. tapi kalau bertepuk sebelah tangan tu, pedihnya oiii. bagai pisau menusuk di hati.

Yang paling tak best bila kita dah berkawan rapat sangat dengan dia, everything semua benda kita akan cari dia, story dekat dia.. but tiba-tiba suatu hari dia menjauhkan diri daripada kau, layan kau macam kau ni tak pernah wujud dalam hidup dia. perasaan tu memang terluka dan sakit sangat. Bila kau dah start boleh hidup tanpa dia sebagai kawan baik, kau dah anggap dia tak penting, kau rasa tak guna ada lagi hubungan dengan orang yang tak menghargai kehadiran kau, tiba-tiba dia confess rupanya dia ada perasaan kat kau. what the......
selama ni apa yang dia buat terhadap kau, layan kau macam orang asing, layan kau macam musuh, rupanya menyimpan perasaan terhadap kau. tapi masa tu hati kau dah tawar dengan apa dia buat. kau tak rasa lagi untuk terima dia sebagai kawan atas perlakuan dia yang acah-acah macam hero kedua dalam drama. come on lah. cara tu sangatlah tak gentle. masih banyak lagi cara untuk tidak menyakiti perasaan seseorang hanya kerana nak menjaga perasaan diri sendiri. kita kene fikir bukan semua yang kita buat tu betul. kalau dah sampai tahap buat orang terluka tu memang parah namanya. kalau dia dah tak mampu nak terima kau sebagai kawan lagi dalam hidup dia jangan salahkan dia, tapi salahkan diri sendiri sebab buat tindakan tanpa berfikir. bagi aku memang banyak cara untuk taknak kecewa bila terjatuh hati dengan kawan yang kau rapat. tapi jangan sampai buat dia terluka dengan perbuatan kau. at last, hubungan kawan pun punah, last-last end up jadi orang asing.

so rasa-rasa better berkawan atau sebaliknya? fikirlah. hubungan kawan akan berkekalan dan masih boleh nak berkomunikasi lagi. tapi kalau dah tak mampu nak berbicara satu sama lain, bukankah itu lebih menyakitkan.

Hmm so post ni, saya nak cakaplah. yang saya boleh maafkan orang yang pernah buat saya macamtu, tapi untuk melupakan perbuatan dia yang teruk tu saya tak boleh. saya tak mampu. sebab sumpah memang sakit gila. lagi-lagi bila soalan diajukan kenapa "aku" dengan "kau" tak macam dulu. saya maafkan sebab saya rasa saya tak perlu biar diri saya dihantui dengan perasaan negatif dan dendam. saya berhak untuk hidup tenang dan tak perlu buang masa untuk berasa tidak tenang hanya kerana bencikan orang macam awak. semoga di masa akan datang janganlah ulangi perbuatan yang teruk tu pada orang lain. 

hargailah hubungan kawan, seandainya terjatuh hati tak perlu menyakiti, tak perlu menjauhi, masih punya banyak cara asalkan ianya tak memusnahkan hubungan kawan tersebut. kerana daripada kawan menjadi stranger itu memang sakit. tak hairanlah berlainan jantina atau sama jantina. sekian. di harap post ini tidak mengguris hati sesiapa. hanya sekadar memberi pandangan. maaf diatas segala jari jemari yang menaip sekiranya ia tidak menyenangkan. Sekian. 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK :)

No comments:

Post a Comment

search