Thursday 30 March 2017

Tanggang versi moden




kisah tanggang zaman dahulu kala


Nah! Entri kalini aku share tanggang versi moden. Ilham dapat dari kisah benar yang berlaku kat muka bumi. Nama hanyalah rekaan namun cerita adalah benar namun ada sedikit penambah perisa untuk menyedapkan cerita. Sekadar mahu menjadikan iktibar buat semua...

Fahmi kini makin berani tunjuk belangnya. Dulu kalau boleh nak merokok tu jangan sampai ada yang nampak. Jangan sampai ada sesiapa pon yang tahu. Tapi sejak kebelakangan ini, semenjak semua ahli keluarganya tahu yang dia ni merokok, dia start merokok dalam rumah. Tapi merokok di tempat tertentu macam dalam bilik dan dalam tandas. Fahmi punya lifestyle ni boleh dikatakan macam 'tak ukur baju di badan sendiri' jugaklah. Bukan berasal daripada keluarga yang susah cuma hidup selalu nak bermewah-mewahan. Ayah Fahmi sangat tidak suka dia merokok. Kerap kali ayahnya membebel kepadanya supaya berhenti merokok kerana merokok ni haram. Ayahnya pulak orang kuat agama, jadi agak bersifat tegas dalam hal macam ni. Dulu masa sekolah pernah kene belasah dengan teruk oleh ayahnya dengan tali pinggang, sampai bengkak-bengkak matanya menangis. Tapi Fahmi ni makin besar makin susah nak ditegur. Makin lama makin degil dan keras kepala. Mungkin sebab hidup dia dah terlalu bebas sangat sekarang. Berkawan pun tak pandai pilih, tu jadi macam bukan orang je sekarang ni.

Fahmi ni merupakan budak praktikal dekat tempat ayahnya bekerja. Penah satu hari tu dia tak bangun tidur dan tak pergi praktikal sebab sayang sangat tidurnya. Yelah dah malam jadi burung hantu, sibuk nak berjaga. Mulalah pagi tu mengantuk sampai taknak bangun. Ayahnya pon dah taktahu nak buat apa nak nasihatkan Fahmi ni. Kadang-kadang ayahnya tu kejut untuk solat subuh je, tak kisahlah kalau taknak pergi praktikal pon. Tapi mungkin sebab dah biasa tak solat, badan pon jadi malas, senang sangat tewas dengan hasutan syaitan untuk tak bangun solat. Gila pemalas perangai si Fahmi ni. Tapi ada satu part je yang dia rajin. Bab mintak duit. Perangai malas macam ape, tapi mintak duit kat mak ayah tanpa kenal erti putus asa. Sampai jatuh aib keluarga pun takpe. Pernah satu malam tu dia keluar nak main futsal dengan kawan-kawan dia, habes dia ketuk tingkap bilik mak dengan kakak dia kuat-kuat, sebab masatu semua orang dah berkurung dalam bilik malas nak layan perangai mintak sedekah dia tu. Bukan apa perangai tu kalau baik, dengar kata memang orang pun takde masalah nak hulur duit dekat dia.

Kadang-kadang Fahmi ni suka mengamuk jugak. Dia akan mengamuk kalau tak dapat apa yang dia nak (duit). Dah macam penagih dadah pun ada jugak. Asal tak dapat duit je nak mengamuk. Banyak lagi sebenarnya perangai-perangai yang tak elok Fahmi ni ada sampai keluarga dia pon pening dan taktahu nak buat apa dah dengan dia. Sampai satu tahap ayahnya pernah suruh dia tu mati saja lagi bagus daripada hidup menyusahkan orang. Dulu Fahmi ni kira takut jugaklah dekat ayah dia, sampai tak berani nak melawan. Tapi sekarang "babi" "bodoh" dah boleh keluar pada mulut dia bila marah kat ayah dia. Boleh dikatakan kurang ajar sangat-sangat. Kalah tanggang derhaka dia ni. Tanggang punya derhaka ni taknak mengaku mak kandung, tapi skill derhaka dia ni lagi dasyat dan power. Taktahu nak kategorikan apa lagi..

Pernah satu hari tu, entah apa lagi kebiadaban yang dilakukan, maknya sampai taknak maafkan dia dah. Tapi dia boleh dengan tenang jawab "takyah nak maafkan aku, aku tak pernah mintak maaf dengan kau pon". Pehh sungguh mencabar kuasa Tuhan budak ni. Ni mesti kalis api sampai taktakut dengan api neraka Tuhan. Bukan nak cakap dia tu ahli neraka, tapi kalau perangai derhaka macamni kat mak ayah, mana mungkin boleh jadi penghuni syurga melainkan dia bertaubat. Solat 5 waktu pun payah. Macamana lah tak sedih mak ayah Fahmi ni.

Sehinggalah satu hari ni ditakdirkan si Fahmi ni keluar, masatu jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam tepat. Dia keluar naik motor katanya nak keluar main futsal dengan kawan, taktahulah betul ke tak. Ayahnya dah melarangnya keluar, namun dia tetap berdegil dan enggan mempedulikan kata-kata ayahnya. Terus menyarung helmet dan memecut laju di atas jalan raya. Tengah sedap-sedap pecut tu, tiba-tiba ada satu kereta ni hilang kawalan dari arah berlawanan dan terus tersasar dan merempuh ke arah Fahmi. Fahmi pula terkejut dan cuba menekan brek namun breknya gagal berfungsi. Entah apa malang nasibnya pada waktu tu. Masatu Fahmi dah takut sangat-sangat. Dalam jahat-jahat pun takut mati rupanya! Kah! Akibat kegagalan fungsi brek motornya, teruk juga motornya dirempuh oleh kereta tersebut, badannya tercampak jauh ke jalan raya. Mujur kereta-kereta yang lain sempat berhenti daripada menggilis tubuh kecil Fahmi tu. Darah merah memenuhi jalan raya. Fahmi tidak sedarkan diri pada waktu itu.

** 2 jam kemudian**
"Mak!!!!!!!!! Mak!!!!!!!!!! Ampunkan Fahmi makkkkk. Terkejut maknya yang berada di sisi katilnya itu. "Laaa Fahmi ni mengigau ke apa?" tanya maknya sendirian. Maknya pun panggil lah doktor risau punya pasal tengok Fahmi jerit-jerit macam orang tak betul. Doktor pon datang dan katanya Fahmi ni dah stabil cuma kakinya dah patah jadi perlu dirawat dengan baik. Matanya pulak sebelah buta, belah kanan sebab serpihan kaca masuk dalam kornea mata dan tak boleh dipulihkan lagi. Keadaan Fahmi ni kira bernasib baik lagilah dengan perangai derhaka macamtu pon, Allah masih kaci can kat dia untuk hidup walaupun dah tak sesempurna dulu. Selepas Fahmis sedar dia berasa sangat sedih dan kecewa sebab dia tak boleh melihat lagi walaupun cuma sebelah mata. Dia berasa sangat terhina pada waktu ini. Dia terus menangis dengan kuat dan memanggil mak dan ayahnya untuk meminta ampun kepada mereka kerana telah banyak berlaku dan biadab dan menyakiti hati mereka.Mungkin nilah balasan yang dia kene terima sebab terlalu biadab dengan orang tuanya. Fahmi insaf dan berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik, tidak menyakiti hati orang tuanya, menjaga keluarga, dan menjadi Hamba Allah yang taat pada suruhan agama. Kesesalan memenuhi di dalam diri namun tidak lupa bersyukur kerana masih diberi hayat untuk terus hidup dan bertaubat. Andai saja dia mati pada waktu itu sudah tentu pembalasan Tuhan itu menanti dengan penuh azab. Macam dalan cerita tanah kubur tuh. Peh seram.. serammm.. Fahmi sedar, dirinya bukanlah sesiapa tanpa doa dan bantuan orang tuanya.

"Mak ayah, maafkan Fahmi. Fahmi janji nak jadi orang baik"


No comments:

Post a Comment

search