Thursday 3 January 2013

ada orang bangga.....

Ada orang bangga dengan kecantikannya
maka dia perhiaskan dirinya
menjadi tontonan mata sang jejaka
kerana mahu menagih kasih
berasa dirinya paling indah
konon dialah wanita idaman...
tetapi dia alpa..
bahawa, wanita itu memang perhiasan dunia
tapi seindah-indah hiasan adalah wanita solehah

Ada orang bangga dengan kekacakan rupanya...
maka mula merasa bangga dengan indah parasnya
mula membiar ego menguasainya
menggunakannya untuk memikat hati wanita dan mempermainkannya...
begitukah caranya kau mensyukuri nikmatNya?
sedangkan lelaki itu lebih kacak jika beriman orangnya...
mungkin kau lupa...

Ada orang bangga dengan ilmu di dada.....
mula merasa bijaksana dirinya...
mungkin dia sudah lupa bahawa ilmu Pencipta itu luas tidak terkira
jadi jangan sangka kebijaksanaan mu itu yang handal juara
jangan lupa dan leka
banyak ilmu kau pelajari makin dirimu tahu betapa jahilnya diri

Ada orang bangga dengan amal ibadah yang dilakukan
tanpa tersedar akan wujudnya riak pada diri
amalan yang patut diganjarankan pahala
sudah terhapus dek kerana riak melanda diri
betullah bahwa penyakit orang ibadah itu riak...

Ada orang bangga dengan harta yang ada
sehingga terlupa pemberi nikmat itu
sehingga dengan mudahnya menjerumuskan diri ke lembah maksiat...
lihat betapa ramai yang lupa pada DIA YANG ESA!

Aku juga manusia..
dan kadang aku leka dan terlupa....
maka sahabat yang baik ingatkan aku andai aku terlupa
betulkan jika aku salah...
jangan biar aku terus di jalan yang salah...
kerana aku juga tak lari dari berbuat dosa....

Amira Rosdi

No comments:

Post a Comment

search