Bismillahirrahmanirrahim
As a
student, takkan lari daripada kegagalan. So ayat penyedap hati yang biase akan
digunakan ialah ‘gagal sekali tidak
bermakna gagal selamanya’
Mungkin akan ada saja orang yang memandang remeh dengan
statement tu
Well, aku student dan aku pernah merasa gagal. Namun perlu
ke aku berputus asa? Futur? Give up?!
Orang yang berjaya bukannya tak pernah gagal.
Korang kenal bill gates?
Beliau membangunkan Microsoft bersama Paul Allen hingga
menjadi orang terkaya di dunia. Padahal beliau ni gagal sewaktu di university
dan pernah bekerja sebagai budak pejabat. But beliau famous dan menjadi antara
orang terkaya di dunia. Sedangkan kawan seuniversity dia yang tak pernah failed
pun bekerja kat syarikat dia. See? Kegagalan tak bermakna kite tidak akan bertemu
dengan kejayaan.
Satu lagi kisah berinspirasi yang menaikkan semangat aku dan
harap engkorang pun naik semangat bile bace..
Kenal kan Sultan Muhammad al-Fateh ? tak kenal?? Ehhh takkan
tak kenal.. kalau tak kenal meh aku kenalkan..
Muhamad merupakan putera kepada Sultan Murad II, (sultan
Turki Usmaniah)..
Waktu kecik, Sultan Muhammad tak suke belajar langsung, asik
main2 je. Guru2 yang ajar Muhammad sampai dah tak sanggup nak ajar. Sehinggalah
ayahnya mengundang seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Ahmad al-Kurani. First
day Syeikh tu nak mengajar, dia bawak sebilah kayu. Pastu dia cakap kat
Muhammad mcni “ayahmu menghantar saya untuk mendidikmu, serta untuk
meluruskanmu jika kamu menolak perintah saya” Muhammad ketawa je dengar Syeikh
tu. So Syeikh tu pun pukol lah Muhammmad ni dengan kuat. And then Muhammad jadi
rajin belajar.
Dan tahu tak? Sewaktu Muhammad meningkat remaja, ayah nya
memberi dua peluang untuk Muhammad memerintah. Tetapi dua kali Muhammad gagal.
So ayah dia terpaksalah memerintah sampailah saat kematiannya pd 1451. Then
Muhammadlah yang kene memrintah. Semua orang meragui dia. Bayangkanlah dah dua
kali gagal memerintah.. pastu kene ganti ayahnya sebab takde siapa dah mase
tu. Tapi tahu tak korang apa yang
Muhammad dah capai setelah dia menjadi Sultan?
Sultan Muhammad telah berjaya mebakluki Kostantinopel iaitu
kota yang paling sukar ditakluki dan merupakan kota paling strategic pd waktu
tu. Waktu tu Muhammad berusia 20-an. Sedangkan pemerintah yg jauh lebih tua
tidak mampu menaluki kota tu. Hebatkan Sultan Muhammad al-Fateh ni.
Even dah dua kali gagal menjadi pemerintah but at last dia
berjaya menakluki Kostantinopel, kota yang susah ditakluki.
Ini dah menjelaskan kegagalan yang pernah kita alami,
bukanlah penentu masa depan kite. As long kita tak berputus asa dan terus
berusaha..
Kalau mereka boleh, kenapa tidak aku? Kenapa tidak kita?
Kita pasti bolehhh
Ayuh bangkit muslim! Bangkit dari jatuh…
“Sem baru dah pun
bemula, kali ini… bukan sekadar cakap kosong, aku akan belajar betul-betul..
sebab aku taknak kecewakan amanah yang orang tua aku beri dan mereka harapkan..
insya Allah… moga Allah mudahkan…. Amin….”
No comments:
Post a Comment