Saturday, 24 January 2015

sangka baik

Bismillah..

Sangka baik, penting sangat nak wujudkan perasaan ni dalam diri kita. Sebab kalau kerja asik nak bersangka buruk dengan orang pon tak boleh juga. Nak tengok tahap bersih ke tak hati tu, tengok ar tahap kita bersangka baik dengan orang

"Eleh nak pakai kopiah konon, kau tahu bulan puasa haritu, dia pergi karok"

Mmmm kenapa mudah sangat kita nak menilai seseorang hanya dengan kesalahan yang pernah dia buat? Cuba kita lihat, bukan sekadar lihat dengan pancaindera mata, tetapi mata hati.

Hebat sangat ke kita ni nak judge orang? Sampai orang tu buat salah cepat betul kita menilai dia tu jahat. Kalau kita lah kat tempat orang tu, kita dulu selalu buat maksiat, and dah sampai satu masa, Allah hadiahkan hidayahNya kat kita. Kita nak berubah. Tapi orang lain terus judge kita ni jahat dan dah takda harapan pon nak jadi baik. Is that fair?

Fikir kalau kita yang kene. Kita patut ada rasa sangka baik dengan semua orang. Jangan cepat sngat nak menilai orang macamlah kita ni baik sangat. Kita kene ingat, kita hamba Allah yang ada kekurangan dan kelebihannya. Jadi sama-sama reflek diri dan perbaiki diri. Sangka baik dengan semua orang tu janganlah sampai bila orang tu tak solat, kita sangka baik dia tu sakit or period ke apa. Takkanlah period spanjang tahun (perempuan)

Sangka baik tu perlu kene pada tempatnya dan jangan cepat fikir negatif pasal orang. 

Ingat, kita nak orang berubah tetapi kita juga jangan lupa, yang kita kene berubah

Ajar diri untuk bersangka baik. Terutama bila diuji hebat dengan Allah, tetaplah bersangka baik padaNya. Bak kata slah satu peserta pencetus ummah, "disebalik sesuatu, ada sesuatu, redha. Sangka baik"

:)

No comments:

Post a Comment

search